Jabatan Amal Kuala Selangor akan mengadakan Jambori Amal buat pertama
kali pada 5-6 April 2014 bertempat di Kem Rekreasi Pasir Puteh,
Kalumpang Resort di Hulu Selangor.
Seramai 173 orang peserta daripada 44 cawangan di Kuala Selangor akan menyertai buat julung kali ini. Majlis pembukaan Jambori Amal ini akan dirasmikan oleh Ybhg. Tn. Hj. Rashid bin Kasim yang merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Selangor manakala majlis penutup pula dirasmikan oleh Sdr. Khairil Anuar Ismail, pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor.
Ustaz Faizol Endut, Timbalan Komander 1 Jabatan Amal Kuala Selangor
yang diberi amanah sebagai Pengarah Jambori melahirkan rasa syukur
kerana diatas kerjasama yang dilakukan Jawatankuasa baru Jabatan Amal
Kuala Selangor sesi 2013-2015 ini,
Jabatan Amal Kuala Selangor berjaya menganjurkan Jambori ini dengan
penyertaan yang amat membanggakan.
Justeru itu, selaku yang diamanahkan sebagai pengarah jambori pada kali
yang pertama ini, Ustaz Faizol mengharapkan agar keanggotaan Jabatan
Amal Kuala Selangor ini akan meningkat sehingga mampu melaksanakan
objektif Jabatan Amal Malaysia Pusat untuk berkhidmat kepada masyarakat
berpandu kepada slogan Beramal Kerana Allah.


0 comments:
Post a Comment